Skip to main content

Berita Sukan Am

Buku diplomasi sukan dunia bincang status Sukan Komanwel

ff

Wartawan veteran dan editor dari Malaysia, Haresh Deol, menyertai empat pakar diplomasi sukan global bagi menerbitkan Routledge Handbook of Sports Diplomacy – buku pertama yang meneroka bidang diplomasi sukan secara komprehensif.

Haresh, yang juga pengasas bersama dan editor portal berita Twentytwo13, bertindak sebagai editor bersama dan penulis bab dalam buku panduan berkenaan di samping Dr. J. Simon Rofe, Dr. Lindsay Krasnoff, Dr. Thierry Zintz dan Dr. Richard Parrish.

Haresh menyumbang bab bertajuk ‘Commonwealth Games – Losing Glory: The Fallacy of Sports Diplomacy?’. Bab tersebut menyentuh jika Sukan Komanwel masih relevan dalam aspek politik dan arena sukan era kini.

Buku panduan berkenaan turut meneroka peranan pelbagai pihak utama termasuk negara, atlet, pertubuhan antarabangsa, organisasi bukan kerajaan (NGO) serta badan pengurusan sukan di peringkat nasional, wilayah dan antarabangsa.

Ia menyajikan siri kajian kes terperinci bagi memperjelas pemahaman terhadap aplikasi diplomasi sukan, termasuk bab yang memberi tumpuan kepada Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar dan Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Haresh, satu-satunya editor dari Asia, berkata pembabitan beliau dalam projek berskala besar itu yang merangkumi 32 bab dalam 412 muka surat merupakan satu pengiktirafan besar.

Berpengalaman selama hampir tiga dekad dalam bidang kewartawanan, Haresh sering memperjuangkan pengintegrasian strategik diplomasi sukan ke dalam kerangka dasar nasional dan luar negara Malaysia. Beliau dilibatkan dalam projek ini berikutan kepakarannya dalam subjek berkenaan.

Diterbitkan oleh penerbit global terkemuka, Routledge, buku ini sedia dijual dan diedarkan ke seluruh dunia bermula 13 Ogos 2026. Buku kulit keras (hardback) dijual pada harga £196.00 (RM1,146), manakala versi e-buku berharga £38.24 (RM223).

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video