Skip to main content

Sukan Lain

Dekat Malaysia susah nak cari makanan sihat, jadi tertubuhnya Ringside

ff

Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih mesra disapa Jojo, kini melangkah ke dunia perniagaan dengan membuka restoran berkonsepkan makanan sihat dikenali sebagai Ringside, tapi orang semenanjung kena terbang ke bumi Sarawak kalau nak cuba!  

Menurut Jojo dalam hantaran di platform media sosial Instagram — inisiatif itu lahir daripada keinginannya untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat melalui pilihan makanan yang enak dan mudah dinikmati. 

Jojo berpandangan bahawa Malaysia masih kekurangan komuniti yang secara aktif mempromosikan pemakanan sihat serta gaya hidup aktif. Justeru, beliau sanggup melabur dalam perniagaan ini dengan harapan dapat memberi impak positif kepada masyarakat. 

Mengulas mengenai nama Ringside, ia membawa mesej untuk menginspirasikan setiap individu menjadi versi terbaik diri mereka. Restoran itu menawarkan pelbagai hidangan sihat termasuk salad bowl, dengan penekanan terhadap makanan yang bukan sahaja berkhasiat, malah sedap dan mudah diakses oleh semua. 

Selain menyediakan makanan sihat, Jojo turut merancang untuk menjadikan Ringside sebagai platform komuniti menerusi penganjuran aktiviti seperti larian, muay thai dan pelbagai acara sukan lain.  

Majlis pelancaran rasmi restoran itu akan berlangsung pada 8 Ogos dan disertai program “Walk with Johan Ghazali”.

Diharapkan Ringside terus maju dan berjaya dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video