Skip to main content

Bola Sepak

FAM ke sabar dulu -- Dr Mohammed Taufiq

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KBS, FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu menunggu dalam tempoh waktu yang sesuai sebelum kerajaan menyalurkan sepenuhnya dana yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini buat Program Pembangunan Bolasepak  Negara (NFDP) minggu lalu.

Dana RM18 juta diperuntukkan Kerajaan Malaysia untuk NFDP diumumkan dalam sidang parlimen baru-baru ini namun berlaku penangguhan untuk pemberian dana itu.

Advertisement


Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, menegaskan pihaknya mengikuti rapat perkembangan FAM yang dilihat masih belum stabil sepenuhnya rentetan daripada isu tujuh pemain warisan dan ketiadaan nakhoda sebenar yang menerajui badan induk itu ketika ini.

"Kami tangguh dulu tapi daripada segi latihan (perancangan tetap diteruskan).

"MSN akan sentiasa memantau secara dekat. Sehinggalah keputusan CAS, kemudian akan tengok bagaimana keadaan dana," katanya yang ditemui dalam Majlis Pra-Peluncuran Rakan Masjid bersama Rakan Muda Ramadan di Putrajaya hari ini.

Mantan Menteri KBS, Hannah Yeoh, telah menegaskan penyerahan NFDP hanya akan berlaku sebaik FAM selesai sepenuhnya dengan isu yang membelenggu mereka ketika ini.

"Walaupun diserahkan. kami ada sedikit penangguhan daripada kewangan dan MSN akan sentiasa memantau rapat.

'Walaupun FAM dalam situasi seperti ini, NFDP tidak boleh berhenti.

"Kita mesti mencungkil bakat muda dan pelbagaikan aktiviti untuk memperkasakan bola sepak.

"Ini adalah Peta Hala Tuju yang telah ditetapkan sebelum ini," katanya lagi. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video