Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

FIFA mohon maaf!

a

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memohon maaf kepada persatuan ahli-ahlinya berhubung cadangan badan induk bola sepak dunia itu untuk menjual pegangan dalam hak komersial Piala Dunia kepada pelabur luar.

Dalam senbuah mesyuarat yang berlangsung di Morocco yang dihadiri Presiden FIFA, Gianni Infantino, Setiausaha Agung, Mattias Grafstrom dan Ahli Lembaga Pengurusan, FIFA menjelaskan kepimpinannya mengesahkan semula sokongan penuh terhadap Presidennya itu.

Mesyuarat itu bagi menarik balik cadangan bernilai ASD4.2 bilion (RM17.16 bilion) untuk pembangunan bola sepak.

 

 

 

 

Cadangan itu menerima kritikan hebat daripada dua konfederasi utama dunia, UEFA --dakwa FIFA telah menjual jiwa permainan bola sepak-- dan CONCACAF, yang sebelum ini secara terbuka mengisytiharkan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan FIFA.

Penasihat kanan Infantino, Carlos Cordeiro, sebelum ini mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap rancangan itu minggu lalu. Selain Arsene Wenger, ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA, menjelaskan pendirian dirinya bahawa tidak terlibat dalam merangka cadangan itu, dan menggelarkan keputusan untuk menarik balik cadangan itu sebagai "sangat perlu".

Malah, bekas bintang Portugal, Luis Figo, yang merancang untuk bertanding jawatan presiden FIFA pada 2015 juga berkata Infantino harus meletak jawatan berhubung perkara itu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video