Selepas hari ke-10 temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 menyaksikan kontinjen negara ketika ini sudah mengumpul tujuh pingat emas.
Malaysia berada di kedudukan kelapan dengan tujuh emas, tiga perak dan tiga gangsa.
Emas terbaru hadir menerusi jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, selepas mengungguli acara keirin lelaki awal pagi tadi.
Kem angkat berat negara menjadi penyumbang terbesar kutipan pingat dengan lima emas, satu perak dan satu gangsa.
Australia kekal di puncak carta dengan mengumpul 55 emas, 30 perak dan 43 gangsa, diikuti pasukan tuan rumah iaitu England dengan 17 emas, 34 perak dan 29 gangsa.