Skip to main content

Bola Sepak

Indonesia ganti Iran ke Piala Dunia?

in

Tular di media sosial baru-baru kononnya Indonesia bakal menggantikan Iran di pentas Piala Dunia susulan konflik Asia Barat antara Is***l, Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Dalam satu posting yang tular beberapa akaun di laman X, berkongsikan: "Indonesia rasmi menggantikan Iran di Piala Dunia 2026.

Advertisement

"Keputusan itu diambil selepas Iran secara rasmi menarik diri daripada kejohanan itu." kongsi satu akaun di laman X.

 

 

 

 

Begitupun, berita yang tular itu disahkan palsu selepas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) masih membenarkan Iran bersaing -selepas layak secara merit- di kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu dan tiada maklumat berikut penarikan pasukan di ranking ke-20 dunia itu.

Terdahulu, terdapat khabar angin Iran akan menarik diri. Namun, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) turut berkongsikan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Iran bahawa negara itu akan menarik diri daripada menyertai Piala Dunia.

 

 

Must Watch Video