Skip to main content

Bola Sepak

‘Jika anda tidak boleh nyanyi lagu kebangsaan, anda tiada tempat dalam pasukan’ -- Presiden Ghana

‘Jika anda tidak boleh nyanyi lagu kebangsaan, anda tiada tempat dalam pasukan’ -- Presiden Ghana

Presiden Ghana, John Dramani Mahama, melontarkan kritikan terbuka terhadap skuad kebangsaan Black Stars susulan kempen mengecewakan mereka di Piala Dunia 2026.

Mahama mempersoalkan komitmen segelintir pemain ketika mewakili negara, dengan menegaskan bahawa menyarung jersi Ghana bukan sekadar beraksi di atas padang, malah perlu disertai rasa bangga dan semangat patriotik.

Dia secara khusus menyentuh sikap beberapa pemain yang dilihat tidak menyanyikan lagu kebangsaan sebelum perlawanan, sambil membandingkan mereka dengan pemain dari negara lain yang menurutnya menunjukkan semangat lebih tinggi ketika lagu kebangsaan dimainkan.

“Semasa Piala Dunia, pemain-pemain kita tidak menyanyikan lagu kebangsaan, sedangkan pemain negara lain menyanyikannya dengan penuh bangga. Jika anda tidak boleh menyanyikan lagu kebangsaan, anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada pasukan,” katanya.

Kenyataan tegas itu hadir selepas Ghana gagal memenuhi harapan pada kempen Piala Dunia 2026, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai tahap komitmen dan semangat pemain ketika mewakili negara.

Bagaimanapun, kenyataan Mahama turut mengundang pelbagai reaksi. Sebahagian penyokong menyokong pendiriannya dengan menganggap semangat patriotik sebagai elemen penting untuk mewakili negara, manakala yang lain berpandangan bahawa kecintaan kepada negara tidak semestinya diukur melalui sama ada seseorang pemain menyanyikan lagu kebangsaan atau tidak.

Ucapan Presiden Ghana itu dijangka terus menjadi topik hangat ketika negara berkenaan mula menilai semula hala tuju skuad Black Stars selepas kegagalan mereka di pentas Piala Dunia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video