Skip to main content

Badminton

Jika diberi peluang kembali ke gelanggang, saya janji beri yang terbaik -- Toh Ee Wei

toh ee wei

Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, berterima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang waktu sukar yang sedang dilaluinya ketika ini.

Ee Wei mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura minggu lalu.

Ia menyaksikan dia dan pasangannya, Chen Tang Jie, terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Indonesia minggu ini.

Ee Wei, dalam satu kiriman media sosial hari ini, turut memaklumkan sudah boleh berjalan perlahan dan memohon sedikit masa untuk berehat dan fokus kepada pemulihannya.

"Hai semua, saya telah menerima dan membaca semua mesej serta sokongan anda.

"Terima kasih banyak, ia amat bermakna buat saya.

"Saya kini sudah boleh berjalan perlahan-lahan, dan keputusannya kini diketahui bahawa saya mengalami kecederaan ACL.

"Berikan saya sedikit masa untuk berehat, fokus kepada pemulihan dan merancang jalan terbaik untuk melangkah ke depan.

"Saya akan melakukan segala yang termampu untuk pulih secepat mungkin.

"Jika diberikan peluang untuk melangkah semula ke gelanggang, saya berjanji akan memberikan yang terbaik dan mememulakannya sekali lagi.

"Terima kasih kerana terus bersama saya mengharungi waktu yang sukar ini," tulisnya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Must Watch Video