Skip to main content

Berbasikal

Drama! Kemenangan ditarik selepas beberapa jam, sekali gus disingkirkan terus

Wiebes

Lorena Wiebes disingkirkan daripada perlumbaan Giro d'Italia kerana melanggar peraturan berat beberapa jam selepas memenangi peringkat pembukaan.

Pelumba kelahiran Belanda itu memenangi pecutan untuk menuntut jersi merah jambu selaku pendahulu, tetapi ia diberikan kepada Elisa Balsamo dari Lidl-Trek yang berada di tempat kedua selepas Wiebes disingkirkan.

Penganjur perlumbaan berkata Wiebes telah disingkirkan daripada Giro d'Italia berikutan pelanggaran artikel 2.12.007 – 2.2: penggunaan basikal yang tidak mematuhi peraturan, khususnya gagal memenuhi keperluan berat minimum.

Dalam satu kenyataan, pasukannya berkata penyingkiran itu 'sangat teruk' dan tidak mempunyai penjelasan mengapa basikal itu didapati berada di bawah berat minimum.

"Wiebes telah menunggang basikal ini beberapa kali musim ini, sentiasa dengan persediaan yang sama. Dia mencapai banyak kemenangan dengan basikal ini," kata pasukan itu.

"Basikal itu pernah ditimbang oleh pegawai Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas beberapa perlumbaan disertai Wiebes.

"Berat basikal itu didapati berada di atas had 6.8 kilogram.

"Oleh itu, kami tidak faham bagaimana basikal yang sama kini boleh tiba-tiba diukur di bawah keperluan berat minimum."

Anda mungkin berminat dengan

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video