Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky, mengesahkan bahawa beregu wanita nombor 23 dunia, Teoh Mei Sing-Go Pei Kee, telah dipisahkan untuk memberi kesempatan membimbing pasangan muda sementara terus membangunkan kualiti permainan mereka.
Rexy menyatakan pengalaman mereka perlu digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan prestasi atlet muda terutama dalam penyesuaian di peringkat antarabangsa.
Advertisement
Untuk rekod, mereka mula digandingkan pada Jun 2024 dan pencapaian terbaik adalah menduduki ranking ke-18 dunia, dengan gelaran satu-satunya dalam Kejohanan Malaysia Super 100 pada 2024.
"Hasil perbincangan saya dengan Rosman, ada akibatnya. Pengalaman mereka mampu mengangkat gandingan mereka yang lebih muda pergi lebih jauh.
"Dengan atlet muda, mereka tidak akan berdepan sebarang tekanan. Kami akan lihat prestasi mereka dalam beberapa bulan ini.
"Kenapa mahu paksa dan fokus kepada pemain yang tidak mempunyai hati. Masih ada (calon lain lagi).
"Mengapa mahu paksa lagi kalau hasilnya tetap sama," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.