Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal turun dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 berdepan kelab Vietnam, Nam Dinh, di Stadium Thien Truong, Khamis ini.
Skuad kendalian Xisco Munoz kini berada di kedudukan kedua dalam saingan Kumpulan B dengan 10 mata, manakala Nam Dinh pula mengumpul 12 mata di tangga pertama.