Skip to main content

Bola Sepak

Kereta terbalik, jalanan terbakar. 127 samseng ditangkap kerana ke final

PSG

11 individu cedera, seorang kelihatan kritikal manakala 23 pegawai penguat kuasa turut menerima kesan.

Kekacauan berlaku selepas juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali kedua berturut-turut ketika menewaskan gergasi Jerman, Bayern Munich, menerusi kemenangan agregat 6-5 pada awal pagi Khamis.

Advertisement

Sambutan liar di satu kawasan ibu negara itu bertujuan untuk meraikan kejayaan PSG, namun bertukar insiden panas apabila bertindak melakukan keganasan serta mengancam kerosakan sekitar.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan himpunan tersebut, sekali gus berhasil menangkap seramai 127 orang yang terlibat.

 

Must Watch Video