Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Misi JDT II belum selesai, Selangor II akur pengalaman jadi pemisah

j

Sebaik memuktadkan kemenangan, jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Ferre Josep Maria, menegaskan aksi malam tadi bukan penamat sebenar perjuangan mereka, sebaliknya menegaskan baki dua perlawanan Liga A1 Semi-Pro perlu disudahkan dengan kutipan enam mata.

Kelab selatan tanah air itu kini muncul peneraju liga apabila memintas kedudukan Selangor II pada saat-saat genting musim ini hasil kemenangan 3-2 Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

Advertisement

"Masih belum selesai, kami masih perlu mengharungi dua perlawanan lagi, enam mata perlu dikutip.

"Kami perlu mengatasi Kelantan WTS di tempat lawan dan berdepan Imigresen II," katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Selangor II, Shaiful Nizam Ab Khamis, tetap berbangga dengan kemampuan anak buahnya yang diperkuatkan pemain B-23 mampu mencetuskan situasi sulit buat JDT II walaupun pasukan tuan tumah berkelebihan daripada segi pengalaman di atas padang.

 

 

"(Selangor II telah mempamerkan) mentaliti kemenangan yang tinggi, mereka telah berikan yang terbaik.

"Perbezaannya adalah pengalaman dan kami dihukum kealpaan minit terakhir," katanya. 

Must Watch Video