Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Empat bintang Harimau Malaya sedia bergabung dengan...

Syed

Kuala Lumpur (KL) City tampak serius memperkukuh skuad bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan, apabila berhasrat membariskan lebih ramai pemain kebangsaan dalam pasukan.

Bukan seorang atau dua, sebaliknya empat pemain negara disahkan berada dalam radar The City Boys menurut Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Perkembangan itu juga memberi gambaran bahawa KL City serius mahu menyelesaikan isu sekatan pendaftaran perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dengan hukuman berkenaan berpunca daripada tunggakan gaji sebelum ini.

Syed Yazid turut berkongsi berita mengenai situasi jurulatih, Risto Vidakovic, yang ketika ini menjadi tanda tanya susulan spekulasi bahawa dia tidak lagi akan membimbing skuad Warga Kota musim depan.

"Setakat ini ada empat pemain Harimau Malaya berminat dan berhubung dengan saya untuk bersama dengan pasukan ini di mana mereka tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

"Kami akan memutuskan bulan ini.

"Kami juga akan mengadakan perbincangan mengenai jurulatih untuk siapa yang akan menerajui KL City.

"KL City diberi sehingga 15 Julai. Kami harus jelaskan jika tidak kami tidak boleh mendaftar pemain baru," katanya di Nadi Arena.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video