Skip to main content

Bola Sepak

LTdL: Misi sukar pelumba tempatan tetapi ini standard sebenar -- COO

emir abd jalal

“Boleh dianggap sebagai misi sukar buat pelumba tempatan tetapi inilah standard sebenar perlumbaan bertaraf dunia.” kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, Emir Abdul Jalal.

Emir berkata dia mahu pelumba negara membuka minda dan meningkatkan intensiti latihan dengan laluan paling mencabar dalam sejarah 30 tahun Le Tour de Langkawi disifatkan sebagai kayu pengukur untuk menguji kemampuan mereka berdepan saingan pelumba elit dunia.

Emir menganggap peluang untuk mencipta kejutan cukup terbuka, terutama selepas momen sensasi dilakar pelumba kelahiran Johor, Nur Aiman Rosli, yang menamatkan kemarau lima tahun untuk melihat pelumba Malaysia berdiri di atas podium dalam edisi lalu.

Daripada segi peluang secara keseluruhan, sudah pasti zon landai dilihat sebagai ruang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya tetapi cabaran di zon pendakian juga sebenarnya mampu ditawan, seperti apa yang pernah dilakukan pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Aiman Zarif, yang membuktikan dominasi mempertahankan gelaran Raja Bukit pada edisi 2020 dan 2022.

"Pelumba Malaysia sememangnya sudah perlu membuka ruang minda dan pemikiran mereka dan melalui realiti dalam perlumbaan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Kalau mereka mahu berlumba di luar negara, inilah realitinya. Tahun ini, mungkin 30 tahun sekali, kami mahu mengadaptasi cabaran yang cukup-cukup mencabar buat pelumba Malaysia.

"Saya rasa dengan kelebihan yang mereka ada sepanjang dua setengah bulan ini, mereka boleh mengkaji laluan-laluan ini dan terus berlatih."


 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Related Topics

Must Watch Video