Skip to main content

Boling Padang

Malaysia yakin tawan Boling Padang Jemputan 7 Negara di sebalik format baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Boling Padang Jemputan 7 Negara

Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, menegaskan format terkini yang digunakan melibatkan penggunaan 'timer' yang akan mempercepatkan permainan dan bakal menyaksikan pemain perlu bersedia dan melakukan balingan dalam kadar segera.

Awalan komited dan percaya dengan seruan jurulatih serta pemain yang turut ingin merealisasi sasaran muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara di Arena Bowls Malaysia, Bukit Kiara, hujung minggu ini yang menjadi medan kesinambungan pencapaian di luar jangkaan menjuarai Piala Dunia Boling Padang 2025, November lalu.

Advertisement

"Kami mahu mengangkat boling padang lebih menarik. Jadi balingan dipercepatkan     

"Ia format baru yang telah dikenalkan terutama dalam (kancah) profesional.

"Kami nak jadi juara keseluruhan, tiada kompromi. Tidak boleh tawar menawar," katanya dalam kejohanan yang dibawakan khas oleh Yayasan Sime Darby dan PLBM itu.

Juara perseorangan wanita Piala Dunia Boling Padang 2025, Emma Firyana Saroji, melihat peluang seimbang untuk mara ke peringkat separuh akhir selepas menilai kemampuan rakan senegara, Ain Nur Najwa Nurhisham, Nayan (dari India) termasuk May Lee Beng Hua (Singapura).

Dia juga mengakui kemasukan jurulatih baharu, Fairul Izwan Abd Muin, yang mengadaptasi corak permainan pantas juga merupakan antara perkara yang diperlukan pemain ketika ini.

"(Saya perlu berwaspada) dengan Nayan dan walaupun mengatasinya dalam Piala Dunia, dia mampu memberi saingan.

"Saya perlu perbaiki tahap permainan ketika menentang India (kelak)," katanya pula.

Sementara itu, pemain boling padang yang beraksi dalam kategori pairs lelaki, Soufi Rusli, akan bergandingan bersama Amirul Danial mengakui bakal berdepan laluan sengit untuk ke peringkat separuh akhir selepas terpaksa berdepan cabaran getir dari India dan New Zealand.

"Tidak mustahil kami mencapai gelaran kejuaraan sebab kami telah melalui fasa Piala Dunia.

"Pengalaman berharga bertemu Australia -- pasukan terbaik dunia -- untuk mengenal pasti kekurangan sendiri," katanya. 
 

Must Watch Video