Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick, dipilih sebagai Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Januari.
Untuk rekod, jurulatih berusia 44 tahun itu dilantik pada 13 Januari lalu bagi menggantikan bekas pengendali, Ruben Amorim, dengan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan terakhir sepanjang mengendalikan The Red Devils.
Advertisement
"Ia sesuatu yang bagus dan menunjukkan kami bermula dengan sangat baik, tetapi ia bukan sahaja mengenai saya. Ia adalah mengenai semua orang di sini, semua kakitangan, staf kejurulatihan dan semua staf." katanya.
The squad 🤝 pic.twitter.com/ksOPYwf6LS
— Manchester United (@ManUtd) February 13, 2026
Keputusan itu menyaksikan dia mengatasi jurulatih Bournemouth, Andoni Iraola, jurulatih Chelsea, Liam Rosenior, jurulatih Nottingham Forest, Sean Dyche daripada segi undian awam.
Sementara itu, penyerang Brentford, Igor Thiago, pula dinobatkan sebagai Pemain Bulanan Terbaik EPL.