Skip to main content

Berita Sukan Am

Parlimen Malaysia anjur Larian Cergas Parlimen 2026 buat kali pertama

Parlimen Malaysia anjur Larian Cergas Parlimen 2026 buat kali pertama

Parlimen Malaysia bakal mencipta sejarah apabila buat julung kalinya menganjurkan Larian Cergas Parlimen 2026, sebuah acara larian sejauh lima kilometer yang bertujuan mendekatkan institusi Parlimen dengan masyarakat, khususnya golongan belia.

Program yang dianjurkan menerusi Sekretariat Parlimen Belia Malaysia dengan kerjasama My Creative Moments itu dijadual berlangsung pada 25 Julai 2026 dan terbuka kepada penyertaan orang ramai.

Selain menggalakkan gaya hidup sihat, penganjuran acara ini turut menjadi platform untuk mempromosikan penyertaan belia berusia 18 hingga 30 tahun dalam Program Parlimen Belia Malaysia (PBMy), yang berperanan melahirkan generasi muda lebih peka terhadap sistem demokrasi dan proses penggubalan dasar negara.

Larian Cergas Parlimen juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha merealisasikan agenda “Merakyatkan Parlimen”, yang memberi penekanan kepada hubungan lebih rapat antara institusi Parlimen dan masyarakat melalui penglibatan awam dalam pelbagai program.

Menerusi pendekatan santai dan inklusif seperti acara larian, Parlimen Malaysia berharap lebih ramai rakyat, khususnya generasi muda, akan mengenali fungsi serta peranan institusi legislatif, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyertaan dalam proses demokrasi.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, dijangka berkongsi harapan serta aspirasi penganjuran program berkenaan dalam sesi ucapan sempena pelancarannya.

Penganjuran edisi sulung Larian Cergas Parlimen ini diharap menjadi titik permulaan kepada penganjuran program berimpak tinggi yang bukan sahaja memupuk budaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan antara Parlimen dan rakyat selaras dengan aspirasi membina masyarakat yang lebih aktif, prihatin dan celik demokrasi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Related Topics

Must Watch Video