Penyerang Norway, Alexander Sorloth, telah menerima kecaman menggunung dalam talian susulan kekalahan pasukan itu dalam suku akhir Piala Dunia 2026 di tangan England Sabtu lalu.
Kritikan itu bermula selepas pemain Atletico Madridi itu memilih untuk membawa bola sendirian sebelum cuba melepaskan rembatan bukannya menghantar bola kepada Erling Haaland yang tidak dikawal semasa serangan balas ketika Norway mendahului 1-0.
Malah, Sorloth turut mendedahkan menerima ancaman bunuh secara terang-terangan.
Rembatannya disekat dan The Three Lions menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian, seterusnya menang 2-1 selepas masa tambahan.
"Ia adalah tragis," kongsi ketua jurulatih, StaleSolbakken.
π¨π¨| BREAKING: Alexander SΓΈrloth has received πππππ πππππππ after Norway's elimination against England.
Threats including calls to suicide were posted targeting the striker after he missed his chance and didnβt pass to Erling Haaland vs England.
[@RMCsport] pic.twitter.com/zgkEpTZX4Cβ CentreGoals. (@centregoals) July 13, 2026
"Itulah dunia yang kita diami. Saya memberitahu pemain-pemain untuk menjauhi media sosial, terutamanya pada hari-hari seperti ini."
"Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan.