Argentina berisiko berdepan hukuman oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran menunjukkan kain rentang berunsur politik selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 menentang England di Atlanta awal pagi tadi.
Kemenangan dramatik juara bertahan itu, sekali gus menggagalkan harapan The Three Lions untuk ke final edisi ke-23 itu.
Kontroversi melanda apabila beberapa pemain Argentina mengibarkan sepanduk berunsur politik tatkala sedang meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut.
π¨π¨| NEW: Argentina face a π ππ π π πππ after players displayed a 'Las Malvinas son Argentinas' banner following their World Cup semi-final win over England. β οΈπ¦π·
FIFA prohibits political gestures β Argentina's FA were previously fined Β£20,000 for the same banner in 2014.β¦ pic.twitter.com/hPe8JIbX0nβ CentreGoals. (@centregoals) July 15, 2026
Pada 2014, Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) pernah didenda atas kesalahan sama.
FIFA dalam satu kenyataan sebelum ini pernah mengeluarkan arahan keras melarang sebarang sepanduk, bendera atau bahan berunsur politik, menghina atau diskriminasi dibawa masuk ke dalam stadium.