Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: De Ketelaere ledak dua gol, Belgium dahului Amerika Syarikat 2-1 di separuh masa

Piala Dunia 2026: De Ketelaere ledak dua gol, Belgium dahului Amerika Syarikat 2-1 di separuh masa

Charles De Ketelaere meledakkan dua gol pada separuh masa pertama untuk membantu Belgium mendahului Amerika Syarikat 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

Belgium bermula dengan penuh keyakinan dan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi De Ketelaere.

Gerakan bermula daripada penguasaan bola Belgium sebelum permainan dialihkan ke sebelah kiri kepada Leandro Trossard. Cubaan pertahanan Amerika Syarikat, Freeman, untuk mengeluarkan bola gagal disempurnakan, membolehkan Nicolas Raskin merampas penguasaan sebelum melorongkan hantaran kepada De Ketelaere yang mudah menyudahkannya dari jarak dekat.

Amerika Syarikat bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi Malik Tillman.

Sepakan percuma yang pada awalnya terkena benteng pertahanan Belgium berubah arah ke sebelah kanan gawang, sekali gus memperdayakan penjaga gol berpengalaman, Thibaut Courtois, yang sudah bergerak ke arah bertentangan.

Namun kegembiraan skuad kendalian Mauricio Pochettino hanya bertahan dua minit apabila Belgium kembali berada di hadapan.

Trossard sekali lagi menjadi arkitek utama apabila melakukan larian di sebelah kiri sebelum melepasi kawalan pertahanan dan menghantar bola ke depan pintu gol. De Ketelaere menewaskan Tim Ream dalam perebutan udara sebelum menolak masuk bola untuk jaringan kedua peribadinya pada minit ke-33.

Barisan pertahanan Amerika Syarikat dilihat bergelut mengekang pergerakan pantas Belgium, khususnya gandingan Trossard dan De Ketelaere yang berulang kali mencipta ancaman.

Belgium membawa kelebihan 2-1 ke bilik persalinan, namun Amerika Syarikat masih mempunyai peluang untuk bangkit dalam babak kedua yang dijangka berlangsung lebih sengit.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video