Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: FIFA haramkan tapi Argentina rai kejayaan ke final dengan kontroversi panas

Argentina

Peminat England tidak berpuas hati kerana mencetuskan kemarahan akibat kain rentang yang diangkat oleh pemain Argentina selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2026 di Atlanta awal pagi tadi.

Kemenangan dramatik juara bertahan itu, sekali gus menggagalkan harapan The Three Lions untuk ke final edisi ke-23 itu.

Kontroversi melanda apabila beberapa pemain Argentina mengibarkan sepanduk berunsur politik tatkala sedang meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut.

"Las Malvinas Son Argentinas," tulisan kain rentang tersebut. Dan, ia membawa maksud 'Malvinas milik Argentina'.

Isu Kepulauan Falkland, atau Malvinas dalam bahasa Sepanyol, kekal menjadi pertikaian antara Argentina dan Britain sejak sekian lama.

Kedua-dua negara pernah berperang selama 74 hari pada 1982 bagi merebut kepulauan itu, mengorbankan 649 anggota tentera Argentina dan 255 anggota Britain.

Britain terus mentadbir kawasan berkenaan, manakala majoriti penduduknya memilih untuk kekal di bawah pemerintahan negara itu.

Bagaimanapun, Argentina menegaskan kepulauan terbabit adalah sebahagian daripada wilayahnya selepas memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 1816 dan mendakwa Britain merampasnya melalui tindakan penjajahan pada 1833.

Jelas, ia telah membangkitkan kemarahan peminat England, sambil mendakwa Argentina telah melanggar arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang sebarang sepanduk, bendera atau bahan berunsur politik, menghina atau diskriminasi dibawa masuk ke dalam stadium.

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video