Laporan media antarabangsa memaklumkan bahawa status pengadil, Francois Letexier, akan diketahui tidak lama lagi susulan semakan prestasi yang dilakukan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ia, selepas beberapa tekanan oleh penyokong berhubung beberapa keputusan yang dipertikai ketika perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di antara Argentina dan Mesir semalam.
Juara bertahan berjaya layak ke suku akhir menewaskan gergasi Afrika itu 3-2 dan akan bertemu Switzerland pada Ahad ini.
🚨🚨| NEW: FIFA will review referee Letexier's decisions from the Argentina-Egypt game to determine whether disciplinary action or a ban is necessary.
{@lequipe} pic.twitter.com/JWwldURviJ— Goals Side (@goalsside) July 8, 2026
Ramai mendesak supaya badan induk itu mengambil tindakan ke atas prestasi Letexier yang didakwa 'berat sebelah' dan tidak menguntungkan Mesir.
Hukuman undang-undang atau penggantungan dijangka berpotensi menjadi pilihan, namun belum ada kenyataan rasmi setakat ini.