Giliran Perancis menghantar rayuan berkenaan penarikan kad kuning yang dilayangkan kepada Michael Olise, namun kali ini ditolak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Susulan keputusan kontroversi oleh badan induk dunia itu yang membenarkan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun, turun beraksi menentang Belgium dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, ramai yang mempersoal tindakan itu dengan pelbagai dakwaan di media sosial.
Malangnya, naib juara edisi lalu itu tidak mendapat 'layanan' sama, sekali gus terpaksa akur dengan pengekalan kad kuning yang dikenakan kepada bintang Bayern Munich itu.
"Kad kuning itu tidak berubah.
🚨🗣️ France head coach Didier Deschamps:
"We got a response from FIFA, Michael Olise's yellow card is maintained. Our appeal was not accepted." pic.twitter.com/2YsVCmWVeP— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) July 8, 2026
"Kami dimaklumkan FIFA pagi ini bahawa keputusan itu dikekalkan," kata ketua jurulatih, Didier Deschamps, kepada pemberita.
Olise menerima kad kuning pada penghujung perlawanan selepas terlibat dalam ketegangan antara pemain Paraguay sebelum ini.
Perkara itu bakal merugikan Les Blues sekiranya penyerang sensasi itu mengutip satu lagi kad kuning menjelang pertemuan menentang Maghribi dalam aksi suku akhir yang akan berlangsung esok, maka pasukan nombor satu dunia itu akan kehilangan khidmatnya jika juara 2018 itu berjaya mara ke separuh akhir.