Jepun menepati ramalan apabila menewaskan Tunisia dengan kemenangan besar 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F Piala Dunia 2026 sebentar tadi.
Gergasi Asia itu mencatatkan tiga mata penuh selepas seri 2-2 berdepan Belanda Isnin lalu menyaksikan mereka semakin berpeluang ke pusingan kalah mati kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
Lawan di ranking ke-58 dunia itu terus dilanda malang tatkala sah tersingkir daripada pertandingan susulan dua kekalahan besar yang sebelum ini kepada Sweden 1-5.
Herve Renard yang hadir menggantikan jurulatih usai dipecat gagal mendatangkan magis untuk mengikut Samurai Biru itu, sebaliknya terus berang melihat prestasi anak buah gagal mengikat Jepun.
Japan dismantle Tunisia 4-0 in Guadalajara 🇯🇵
It's their biggest win in World Cup history. pic.twitter.com/m3ulMCNcTr— B/R Football (@brfootball) June 21, 2026
Daichi Kamada terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit keempat menyaksikan dirinya muncul penjaring terpantas negara itu.
Ayase Ueda kemudiannya menambah derita Tunisia dengan rembatan jarak jauh menumpaskan Aymen Dahmen sebelum tamat separuh masa pertama.
Junya Ito dan Ueda terus memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Hajime Moriyasu untuk Matahari Terbit mengakhiri aksi dengan kemenangan 4-0 dalam perlawanan Piala Dunia ke-1000 itu.
Untuk rekod, ini adalah kemenangan terbesar Jepun sepanjang zaman dalam penyertaan Piala Dunia.