Peluang Indonesia kembali terbuka susulan beberapa laporan dakwaan sekiranya Iran menarik diri daripada bertanding dalam Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico, Jun ini.
Ia, susulan konflik antara negara tersebut yang semakin meruncing bakal memberi impak kepada keselamatan jika tiada jaminan ketat.
Advertisement
Berdasarkan beberapa hantaran di media sosial, berkemungkinan besar bakal ada perlawanan penentuan antara dua konfederasi bagi merebut kekosongan itu jika Iran terus bertekad tarik diri.
Difahamkan, wakil dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan berentap menentukan slot tersebut.
Antara negara yang berpotensi diberikan peluang kedua adalah Itali, Poland, Kosovo, Denmark, Indonesia, Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun, belum ada kenyataan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) setakat ini.