Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, mengakui berwaspada dengan kebangkitan Thailand apabila bertandang di Stadium Titiwangsa untuk menjelang Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026.
Ini apabila mereka pasti ingin membalas dendam terhadap kemenangan bersejarah regu berpasukan Malaysia di Nakhon Pathom ketika Sukan SEA Thailand 2025 dan kali ini Sumali berharap perkara itu tidak akan terjadi di laman sendiri.
Advertisement
Sumali ditemui ketika majlis pengenalan pemain dan juga pelancaran jersi kebangsaan Yang bakal dikenakan barisan atlet negara untuk menghadapi saingan Piala Dunia ISTAF 2026 Yang bakal membuka tirainya 14 Mei ini.
“Thailand sudah tentu tidak akan duduk diam. Kami sudah menjangkakan mereka akan membuat persiapan rapi dan melakukan rombakan tertentu selepas tewas kepada kita tahun lalu.
“Saya pasti langkah tersebut akan membentuk pasukan atau pemain yang lebih baik berbanding sebelum ini. Kita sentiasa mengikuti perkembangan mereka dengan dekat supaya tidak terkejut dengan corak permainan terbaharu, apatah lagi jika ada wajah-wajah baharu dalam skuad kebangsaan mereka,” katanya.
“Memang kita yakin, tetapi dalam masa sama kita ada tekanan untuk mempertahankan kejuaraan. Cabarannya cukup besar apabila berdepan kebangkitan Thailand yang pastinya mahu bangkit daripada kekalahan sebelum ini,” ujarnya.
“Saya tidak pelik jika bukan Thailand sahaja, malah negara lain juga akan bangkit segera. Khususnya dalam acara kuadran, kekuatan semua negara sekarang dilihat semakin seimbang.
Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menganggap misi sukar untuk sekali lagi memenangi saingan regu berpasukan selepas berjaya melakukannya di Sukan SEA Thailand 2026.
Ahmad Jais juga berkongsi tiada perubahan dalam barisan regu berpasukan, namun rombakan telah dibuat untuk acara kuadran dengan harapan pelan baru mampu bawa pasukan negara ke final.
Ini selaras dengan apa Yang disasarkan Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan, yang menginginkan semua acara sekurangnya capai ke saingan final terlebih dahulu.
Sementara itu, tekong negara, Syahir Rosdi, mengakui satu tekanan berbeza dirasai dia dan rakan sepasukan untuk hadapi misi pertahankan kemenangan dalam acara regu berpasukan di laman sendiri dengan Thailand pasti ingin membalas dendam.