Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Import baru makin selesa bersama Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia

Pemain import tengah Selangor, Hugo Boumous, nyata berpuas hati selepas membantu pasukannya mara ke suku akhir Piala Malaysia dengan mengatasi Kelantan The Real Warrior (KTRW) di Stadium MPBJ.

Lebih manis, penampilan sulung pemain kelahiran Rennes, Perancis, itu menyaksikan dia beraksi sepanjang 90 minit malam tadi selain menjadi watak penting kepada gerakan jaringan pertama Gergasi Merah yang disumbangkan Chrigor Moraes pada minit ke-19 perlawanan, secara tidak langsung layak dengan agregat selesa 5-1.

Advertisement

Bekas pemain kelab Indian Super League (ISL), Odisha FC, itu turut memasang impian untuk memacu Selangor menjulang kejuaraan musim ini.

"Kami mengharungi aksi yang baik.

"Kami berhasil meledak jaringan awal untuk memudahkan usaha kami.

"Saya sudah berlatih bersama pasukan sejak minggu lalu. Saya menyedari kualiti rakan sepasukan dan kami cepat dapat menyesuaikan diri.

"Permainan di sini lebih kurang dengan kancah di India -- lebih keras dan fizikal tapi kami berhasil mengawal permainan menerusi kualiti pemain yang lebih baik," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video