Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: KL City tiada pilihan kena ambil risiko

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia, Liga-M

Penjaring pembukaan dan penyumbang kepada jaringan kedua Kuala Lumpur (KL) City menerusi hantaran menarik, Viktor Ruiz, menolak untuk dianggap sebagai wira yang membawa The City Boys ke separuh akhir Piala Malaysia.

Ruiz lebih selesa dianggap ia sebagai kejayaan sepasukan yang tidak patah semangat hingga ke hujung perlawanan yang akhirnya membawa keputusan termanis pada petang semalam.

Advertisement

"Seorang pemain sahaja tidak mampu untuk melakukan segalanya.

"Hari ini saya muncul selaku penjaring tapi pada hari lain, rakan sepasukan yang lain yang menjaringkan gol.

"Dan sebagai sebuah pasukan, ini lebih penting," katanya di Stadium KLFA, Cheras.

Ia bukan hal yang mudah untuk memadam kelebihan Terengganu sebelum usaha skuad Warga Kota membuahkan hasil bermula minit ke-78 dan pengesahan isi slot separuh akhir hanya muncul pada minit terakhir perlawanan.

"Terengganu salah sebuah pasukan handalan dan menerusi pemain yang bagus, mereka menjaringkan menarik.

"Ia menuntut kami untuk mengambil risiko.

"Kemenangan akhirnya memihak kami dan saya sangat gembira," katanya. 
 

Must Watch Video