Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman, menjelaskan keputusannya untuk mencalonkan diri sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah atas rasa tanggungjawab terhadap masa depan bola sepak negara.
Megat menyatakan kebersediaannya untuk memimpin dan dalam proses perbincangan untuk menerima sekurang-kurangnya enam pencalonan daripada Ahli Gabungan FAM kelak.
Advertisement
Pengalaman luas sebagai Presiden MPM menjadi bukti keupayaan kepimpinannya.
Megat turut menegaskan semua pihak perlu memahami perlembagaan badan induk itu serta peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mengelakkan insiden sama berulang.
"Siapa yang berani. Saya percaya anda harus mempunyai pengalaman untuk melakukan.
DS Megat Shahriman mahu jadi presiden baru FAM atas rasa tanggungjawab terhadap masa depan bola sepak negara.
Dengan pengalaman luas serta sokongan sekurang-kurangnya enam pencalonan, bersedia memimpin selaras perlembagaan FAM & peraturan FIFA. @ASTROARENA pic.twitter.com/qsG1kvoKIB— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) February 10, 2026
"Dalam masa sama, saya bukan mengatakan bahawa saya layak atau tidak.
"Ini adalah formula kemenangan yang kami bawa daripada keluarga sukan para yang saya percaya tiada perbezaan.
"Hanya perlu berbincang dengan enam pihak yang boleh bekerjasama dan kita boleh memberitahu sama ada kita boleh membuat keputusan secara kolektif atau pakatan strategik di mana individu-individu dalam Ahli Gabungan yang ingin menerajui harus berani.
"Ini adalah bola sepak. Maruah negara. Tanggungjawab kepada pihak awam kerana melibatkan dana awam.
"Saya tidak pasti sama ada semua orang sudah 'khatam', kerana undang-undang FIFA tertakluk sama kepada seluruh negara.
"Jika kita gagal untuk memahami, itu yang membawa sehingga terjadinya sekarang ini," katanya eksklusif di Nadi Arena.