Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila tewas 1-2 kepada Sanfrecce Hiroshima dalam perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Hiroshima, sebentar tadi.
Kehilangan Jonathan Silva akibat layangan kad merah menjadi pembunuh buat Harimau Selatan selepas terpaksa beraksi 10 pemain untuk tempoh lama sehingga tamat.
Advertisement
Terdahulu, pemain import, Marcos Guilherme, membuka tirai jaringan pada awal permainan susulan kesilapan tuan rumah yang memberikan kelebihan buat JDT untuk mendahului 1-0.
Namun, jaguh Liga Super Malaysia itu dihukum apabila pertahanan, Silva, menggunakan tangan untuk menahan bola, sekali gus diberikan penalti buat Sanfrecce Hiroshima untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Memasuki babak kedua, Akito Suzuki sekali lagi menambah derita skuad kendalian Xisco Munoz tatkala menanduk masuk gol kedua hasil daripada sepakan percuma luar kotak.
Tamat 90 minit, Sanfrecce Hiroshima ๐ฏ๐ต sahkan tempat di pusingan seterusnya!
Perlawanan seterusnya adalah misi hidup mati buat Harimau Selatan, jadi mari kita bersatu untuk menyokong wakil tunggal negara ini! ๐๐ผ#ACLElite | #SFRvJDT pic.twitter.com/DB9QK0nyrHโ Astro Arena ๐ฒ๐พ (@ASTROARENA) February 10, 2026
Sanfrecce Hiroshima tidak berhenti, malah kerap melancarkan asakan bagi menghasilkan jaringan ketiga, tetapi gagal menemui sasaran.
JDT mencuba sehingga minit akhir untuk gol penyamaan, namun ia tidak menggugat semangat tuan rumah.
Dengan ini, Sanfrecce Hiroshima sah layak ke pusingan seterusnya selepas mengumpul 14 dan berada di tempat kedua.
Peluang masih terbuka buat JDT dengan misi wajib menang perlawanan akhir menentang Vissel Kobe.
Sejak 2019, JDT hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan bertemu kelab Jepun iaitu Kashima Antlers.