Arbenit Xhemajli dari Kosovo menjadi pertaruhan terbaharu di bahagian pertahanan Selangor untuk menghadapi cabaran musim depan 2026/2027.
Produk Zurich FC di Switzerland berusia 28 tahun itu berpengalaman luas di peringkat antarabangsa apabila pernah di kancah antarabangsa selain pusingan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dan pusingan kelayakan Liga Konfederasi UEFA, malah sempat menyertai Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Sunderland.
Xhemajli hadir dengan reputasi tengah setelah melakukan 124 penampilan bersama KF Egnatia untuk membantu kelab Albania itu merekodkan hatrik kejuaraan liga, Piala Albania dan Piala Super Albania.