Skip to main content

Karate

Sukan Asia: Vasiljevs kembali bantu skuad kumite kebangsaan

kumite

Bekas jurulatih kumite kebangsaan, Andris Vasiljevs, kembali ke kem karate kebangsaan setelah lapan tahun meninggalkan Malaysia.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden 1 Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Vincent Chen, selepas berakhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Karate di ibu kota, hari ini.

Advertisement

Vincent menyifatkan kembalinya pengendalinya kelahiran Latvia itu adalah lebih kepada untuk membantu usaha MAKAF mencari bakat-bakat baru untuk disalurkan ke kem senior negara.

"Dia akan kembali untuk membantu kami sempena Sukan Asia, ini satu pendekatan yang sangat membantu daripada MAKAF.

"Dia kembali bukan sebagai jurulatih, sebaliknya sebagai penasihat bagi mengenal pasti ciri-ciri atlet muda untuk diserapkan," katanya.

Sementara itu, MAKAF juga dalam perancangan membawa masuk atlet-atlet karate dengan ranking dunia yang tinggi dari luar negara untuk mengadakan latihan intensif bersama barisan atlet karate negara.

Ia merupakan alternatif terbaik berbanding membuat kem latihan di luar negara yang memakan lebih banyak dana.

"Kami akan mengadakan kem latihan pusat tanah air yang sudah mendapat sokongan MSN (Majlis Sukan NegarA).

"Langkah ini lebih bersifat ekonomi.

"Kami juga akan menjemput atlet terkemuka dari luar untuk mengadakan latihan bersama," katanya. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video