Skip to main content

Bola Sepak

Park Tae Su banyak kisah lucu pengalaman berpuasa

liGA-M

Bekas ketua pasukan Sabah, Park Tae Su, mendedahkan cabaran dan kisah lucu yang ditempuhi dalam usahanya berpuasa semalam.

Atlet dari Korea Selatan itu dalam coretannya di Instagram, berkongsi mengenai menu ketika bersahur, malah terbawa-bawa dalam mimpi akibat lapar.

Advertisement

Dalam perkongsiannya itu, Park, 36, menaiki pengangkutan awam dan menuju ke Wangsa Maju.

Dia memilih roti john dan bercadang untuk membeli juadah lain selepas selesai menikmatinya.

Namun, sangkanya waktu operasi bazar Ramadan seperti pasar malam ternyata satu kesilapan yang besar.

Apa pun, di sebalik kemeriahan di Wangsa Maju itu, Park tetap memuji suasana di Sabah yang pastinya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

 

 

Must Watch Video