Skip to main content

SUKMA

Sukma: Wilayah Persekutuan sasar 180 pingat, tiga teratas

hannah yeoh

Naib juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Wilayah Persekutuan, meletakkan sasaran 180 pingat menjelang temasya edisi ke-22 di Selangor bulan depan.

Ia bersandarkan kepada penyertaan 827 atlet normal selain 85 atlet para, yang akan menggalas cabaran dalam Para Sukma.

Sejarah baharu turut dilakar menjelang edisi kali ini apabila atlet Sukma dan Para Sukma Wilayah Persekutuan buat julung kalinya bergerak di bawah satu identiti serta bendera demi memperkukuh semangat sepasukan menerusi kelolaan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Sasaran dan aspirasi itu dizahirkan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera kontinjen itu hari ini.

Hannah turut menegaskan kepentingan untuk setiap atlet mempamerkan prestasi, disiplin dan integriti yang konsisten sepanjang temasya itu.

"Mereka telah membuat pengiraan dan perancangan, jadi saya yakin kami mampu memberikan cabaran untuk muncul tiga teratas," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Kami merupakan naib juara edisi lalu, jadi sasaran itu berdasarkan pencapaian edisi lalu dan acara yang dipertandingkan tahun ini.

"Kami tiada tekanan untuk turun beraksi kerana kami bukan tuan rumah tetapi kami mahukan kemenangan."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video