Beregu campuran muda negara, Loo Bing Kun–Noraqilah Maisarah, hanya memerlukan 15 minit untuk mara ke pusingan kedua, Terbuka Australia, yang berlangsung di Arena Quaycentre, Sydney, sebentar tadi.
Mereka menewaskan lawan dari Jerman, Calvin Devereux-Desiree Toepffer, menerusi aksi straight set, 21-1, 21-3, dalam kejohanan berstatus Super 500 itu.
Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, turut meneruskan kemaraan meskipun terpaksa bekerja keras apabila menewaskan lawan dari India, Kiran George, dalam tempoh 1 jam permainan.
Dia memulakan set pertama dengan kemenangan 21-19 sebelum diheret ke set penentuan hasil kekalahan 14-21 dalam set kedua.
Namun, dia Kembali mendominasi permainan dengan kemenangan 21-19 dalm set penentuan, Justin akan berdepan Nhat Nguyen dari Ireland esok.