Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menjuarai acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan sebentar tadi.
Ia, sekali gus menyaksikan The Terminator itu menewaskan juara Piala Dunia UCI, Datuk Azizulhasni Awang, dalam edisi musim ini.
Shah Firdaus Sahrom atasi Datuk Azizulhasni Awang untuk ungguli acara keirin elit lelaki di Kejohanan Trek Kebangsaan 2026. 🥇@ASTROARENA pic.twitter.com/7KsSrGeaUB
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 10, 2026
Tinjaun wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di lokasi menyaksikan Shah Firdaus melakukan henjutan awal sebelum selekoh terakhir untuk berada di hadapan sebelum sah bergelar juara.
Maklumat lanjut menyusul di Nadi Arena dan Stadium Astro selepas ini.