Skip to main content

Badminton

Tiga pemain tak diduga muncul wira Piala Thomas/Uber

thomas uber.

Pemain badminton yang memperoleh mata kemenangan buat negara mereka dalam Piala Thomas dan Uber ada;kalanya bukanlah nama-nama besar tetapi akhirnya bergelar wira dan menempa nama dalam buku sejarah.

Stadium Astro menyenaraikan tiga nama yang pada asalnya bukanlah bintang ternama tetapi menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas memenangi mata penentu buat negara mereka.

Advertisement

Takuma Ueda (lwn Malaysia – Final Piala Thomas 2014)

Dalam pertempuran sengit yang berlarutan selama hampir enam jam, perlawanan akhir antara Ueda dan Liew Daren dalam acara perseorangan lelaki ketiga menjadi penentu kemenangan.

Segala-galanya menjadi pertaruhan, Jepun sedang berusaha memenangi trofi berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah manakala Malaysia pula sangat terdesak untuk menamatkan kemarau itu sejak tahun 1992.

Ueda memenangi set pertama 21-12, tetapi Daren bangkit memenangi set kedua 21-18. Set penentuan berlangsung dengan sangat mendebarkan tetapi akhirnya memihak kepada pemain Jepun itu 21-17, sekali gus mengecewakan hati seluruh rakyat Malaysia.

Hans-Kristian Vittinghus (lwn Indonesia – Final Piala Thomas 2016)

Denmark berada di ambang sejarah untuk menjadi negara Eropah pertama memenangi Piala Thomas yang sekian lama didominasi oleh pasukan Asia, terutama China dan Indonesia.

Skuad Denmark berhadapan dengan gergasi badminton, Indonesia, yang sarat dengan pemain berkualiti tetapi pasukan berpakaian serba merah itu membawa semangat juang "Viking" untuk menandingi lawan mereka.

Dengan kedudukan terikat 2-2, tanggungjawab terletak di bahu Vittinghus atau Ihsan Maulana untuk menjadi wira.

Vittinghus mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan lawannya secara straight sets untuk mencipta sejarah buat Denmark.

Sim Yu-jin (lwn China – Final Piala Uber 2022)

Korea Selatan bukanlah pasukan kerdil ketika melangkah ke perlawanan akhir menentang China, yang dibarisi bintang ternama, memandangkan mereka mempunyai kekuatan dalam acara beregu serta pemain perseorangan utama, An Se-young.

Namun, apabila An tewas kepada Chen Yu Fei, pasukan Korea Selatan sedar mereka perlu mencari mata di bahagian lain untuk menandingi juara bertahan berkenaan.

Apabila Sim berhadapan dengan pemain nombor dua dunia ketika itu, Wang Zhi Yi dalam perlawanan terakhir, peluang dilihat amat tipis.

Bagaimanapun, Sim mengejutkan semua orang dengan kemenangan besar, menewaskan Wang 28-26, 18-21, 21-8 untuk menghadiahkan kejuaraan Piala Uber sulung buat negaranya.

 

Must Watch Video