Skip to main content

Bola Sepak

ASEAN B-17: Malaysia ke final mudah atasi Laos

 Name u17 ke final

Skuad B-17 negara mudah melayakkan diri ke final Kejohanan Bolasepak ASEAN B-17 apabila menumbangkan Laos 3-0 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo sebentar tadi.

Malaysia memperoleh sepakan penalti awal berikutan kesalahan yang dilakukan pertahanan Laos, Bounthasak Chandala, yang dilayakan kad merah pada minit kelima sebelum Yusuf Nasrullah Ramli menyudahkan kesempatan itu untuk meletakkan Harimau Muda di depan pada minit ketujuh.

Advertisement

Berselang empat minit, skuad negara melebarkan kelebihan menerusi sentuhan pemusnah Aniq Thaqif Hairulnizam.

Malaysia memperoleh satu lagi sepakan penalti dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan tetapi kali ini, Yusuf tidak dapat menyempurnakan tugasnya.

Dalam separuh masa kedua, Harimau Muda memperoleh satu lagi jaringan yang disudahkan Muzakif Fitri sebelum sejam permainan untuk mengesahkan kemaraan ke final.

Menanti Malaysia dalam penentuan gelaran pada Jumaat ini ialah pemenang di antara Vietnam dan Australia, yang akan bertembung dalam satu lagi aksi separuh akhir malam ini.

Sebagi rekod, tuan rumah, Indonesia, tersingkir di peringkat kumpulan selepas Malaysia dan Vietnam lolos ke separuh akhir selaku dua pasukan terbaik Kumpulan A.

 

Must Watch Video