Pemain warisan muda negara yang dilaporkan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Harry Montague, difahamkan sudah tiba di tanah air bagi proses penyerahan dokumen.
Menerusi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsi: "PROCESS ONGOING…
"Harry Montague yang mempunyai pertalian darah Malaysia telah datang ke negara ini bersama bapanya bulan lalu bagi urusan penyerahan dokumen.
"Difahamkan, proses tersebut berjalan dengan lancar dan kini sedang berada di peringkat seterusnya. West Ham United." kongsinya.
Pemain yang berpotensi menyarung jersi Harimau Malaya berusia 17 tahun itu kini bersama akademi West Ham dan dilaporkan empunyai susur galur Malaysia menerusi ibunya yang berasal dari Sabah