Indonesia meneruskan momentum dengan menewaskan pasukan di ranking ke-103 dunia, Mozambique, 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Gol tunggal skuad Garuda itu hadir menerusi rembatan Ole Romeny hasil hantaran cantik daripada Ragnar Oratmangoen pada minit ke-12 untuk menewaskan skuad kendalian Chiquinho Conde itu.
Untuk rekod, gol itu merupakan jaringan keenam dalam 10 penampilan Romeny.
𝐀𝐩𝐩𝐞𝐭𝐢𝐳𝐞𝐫 yang nikmat dari Timnas Indonesia. Ole Romeny 🇮🇩🤩 pic.twitter.com/d9q6uZBkWs
— Vidio Sports (@VidioSports) June 9, 2026
Dua kemenangan aksi persahabatan dalam kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu semestinya akan terus meningkatkan ranking negara jiran yang berada di ranking ke-118 dunia itu.