Muhammad Uwais Irwan, kapten pasukan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang baru sahaja julang kejuaraan ketiga Super Schools Rugby (SSR) datang ke studio Nadi Arena pada Isnin untuk berkongsikan pengalaman manis yang tercipta di Stadium Merdeka tempoh hari.
Walaupun karakternya di atas padang kelihatan tegas dan garang umpama pahlawan, realitinya - Uwais seorang pelajar Tingkatan 5 yang amat merendah diri dan sopan.
Pada awalnya, Uwais berkongsi dirinya sekadar penonton tatkala Semashur semakin mengukuhkan kedudukan selaku kuasa besar ragbi di peringkat SSR. Namun kini, dia memegang tanggungjawab selaku kapten yang mahu meneruskan legasi sekolah.
Tugasannya di SSR selesai saat Semashur diangkat selaku juara selepas menewaskan Victoria Institution (VI) 37-33 dan fokusnya kini ke arah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Misinya jelas - keputusan cemerlang jadi idaman… namun adakah ianya bermakna kerjaya ragbinya sudah menemui akhir garisan?
Tidak sama sekali.
“Adakah Uwais mahu terus bermain ragbi?”
“Ya”, jawabnya tanpa berfikir panjang.