One Championship berkongsikan momen-momen'brutal' petarung muay thai negara, Aliff Rakib, menjelang pertarungan merebut gelaran Juara Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE pada The Inner Circle 23 di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam ini.
Dia akan berdepan petarung veteran berusia 42 tahun iaitu Sam-A Gaiyanghadao, dengan Aliff Ketika ini sedang memegang rekod 8-2.
Pada awalnya dia dijadualkan berdepan Prajanchai P.K. Saenchai, namun terpaksa ditukar susulan Prajanchai mengalami kecederaan.