Komuniti minoriti Ladin di pergunungan Dolomite, Itali, meluahkan rasa kecewa apabila budaya dan bahasa mereka tidak diketengahkan walaupun kawasan mereka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan Cortina 2026.
Ladin ialah komuniti etnolinguistik purba yang telah menetap di wilayah itu lebih 2,000 tahun, namun merasakan seolah-olah mereka “tidak wujud” dalam perancangan rasmi Sukan Olimpik.
Advertisement
Walaupun 17 datuk bandar Ladin menghantar surat memohon penyertaan budaya mereka dalam acara Sukan Olimpik, tiada maklum balas diterima daripada penganjur.
Upacara pembukaan dijangka hanya menampilkan unsur umum “keindahan budaya Itali” seperti fesyen dan muzik, tanpa penekanan kepada warisan Ladin.
Ini berbeza dengan Olimpik terdahulu yang memberi ruang kepada budaya pribumi tempatan.
Komuniti Ladin hanya diberi dua penampilan kecil dalam acara sampingan yang tidak disiarkan secara global.
Susulan itu, mereka mengambil inisiatif sendiri dengan mengedarkan bendera Ladin, menyediakan mini-kamus bahasa Ladin, menghasilkan video sejarah, dan menganjurkan acara budaya demi memastikan identiti mereka tetap dikenali oleh pelawat dan dunia.