Skip to main content

Berita

Euan Smith umum pengunduran, Henry Tan dilantik GCEO Interim Astro

Astro

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Astro Malaysia Holdings Berhad, Euan Smith, umum pengunduran selepas enam tahun bersama syarikat itu, termasuk berkhidmat sebagai GCEO sejak Februari 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Astro memaklumkan perubahan kepimpinan itu dibuat ketika proses peralihan platform syarikat kini berada pada tahap yang kukuh, sekali gus menjadikan masa ini sesuai untuk pelantikan kepimpinan baharu bagi menerajui hala tuju perniagaan pada masa hadapan.

Euan menyertai Astro pada April 2020 sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TV sebelum dinaikkan pangkat sebagai GCEO pada Februari 2023.

Sementara syarikat mencari calon yang sesuai untuk menerajui jawatan berkenaan, Astro melantik Henry Tan sebagai GCEO Interim berkuat kuasa 16 Jun 2026.

Henry, yang sebelum ini menerajui Astro sebagai GCEO dari Februari 2019 hingga Januari 2023, akan bertanggungjawab memberikan kepimpinan keseluruhan kepada syarikat serta mengawasi prestasi dan operasinya dengan sokongan pasukan kepimpinan eksekutif Astro.

Astro turut memaklumkan bahawa Euan akan terus memberikan khidmat nasihat teknikal dan sokongan kepada Lembaga Pengarah sehingga 6 Disember 2026.

Lembaga Pengarah Astro turut merakamkan penghargaan atas kepimpinan dan sumbangan Euan sepanjang enam tahun perkhidmatannya serta mendoakan kejayaan beliau dalam usaha yang bakal diceburi pada masa hadapan.

Astro merupakan syarikat kandungan dan hiburan terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada 5.2 juta isi rumah, 8,900 perusahaan serta jutaan pengguna menerusi platform televisyen, radio, digital dan jalur lebarnya.

-- Kredit Astro Awani

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video