Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Lima lagi pasukan sah layak, juara dua kali tersingkir

FIFA

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi memaklumkan lima lagi pasukan sah melayakkan diri ke pusingan seterusnya berdasarkan empat keputusan perlawanan hari ini.

Sejurus wisel penamat dibunyikan antara aksi Uruguay menentang Sepanyol dan Cape Verde bertemu Arab Saudi, ia menyaksikan lima lagi negara secara rasminya mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati meskipun ada yang belum beraksi untuk perlawanan ketiga kumpulan.

Paraguay, Mesir, Portugal, England, dan Ghana mencapai sasaran untuk memastikan peluang masih hidup menuju takhta kejuaraan Piala Dunia 2026.

Mereka menyertai tuan rumah, Amerika Syarikat (AS), Mexico, Kanada, Jerman, Argentina, Perancis, Norway, Switzerland, Ecuador, Bosnia dan Herzegovina, Brazil, Columbia, Cape Verde, Sepanyol, Ivory Coast, Afrika Selatan, Jepun, Belanda, Australia, Maghribi dan Sweden.

Sementara itu, juara Piala Dunia dua kali, Uruguay, gagal menepati ramalan apabila sah tersingkir selepas tewas kepada La Roja 0-1 sebentar tadi. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video