Skip to main content

Golf

PEKEMA Golf President's Cup edisi ke-12 tawar hadiah lumayan sehingga RM500,000

PEKEM

PEKEMA Golf President's Cup sudah memasuki edisi ke-12 dengan kali ini penganjurannya akan berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya pada 18 dan 19 Julai ini.

Presiden Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Mohamed Nazari Noordin, beranggapan kejohanan kali ini sebagai platform untuk membawa misi kebajikan menyalurkan bantuan kepada bekas atlet dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Advertisement

"Kejohanan tahun ini edisi ke-12, bermula daripada di Sabah, sejak tahun lalu di Kuala Lumpur. Untuk tahun ini kelebihannya adalah daripada segi hadiah yang ditawarkan," katanya.

Sementara itu, Nazari juga berkongsikan edisi kali ini lebih meriah dengan jumlah wang hadiah lumayan iaitu hampir RM500,000 telah dikumpulkan.

Ini termasuk dengan tarikan utama iaitu hadiah menarik hole-in-one yang melibatkan lima lubang terpilih, empat daripadanya menawarkan kereta elektrik manakala satu lagi menawarkan hadiah wang tunai sebanyak lebih RM28,000.

"Sempene ini juga kami turut melakukan sumbangan buat Yakeb, bekas atlet juga hari ini ada bersama kami iaitu Encik Syaaban, yang pernah harumkan nama negara pada tahun 2016 dahulu, kami hargai jasanya dan atlet lain. Lebih kurang dalam 10 atlet telah kami kenal pasti untuk berikan sumbangkan RM3000 seorang." tambahnya.

Must Watch Video