Skip to main content

Advertisement

Paralimpik

2 agenda utama Majlis Paralimpik Malaysia

MPM

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman, meluahkan penghargaan buat penyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik 2016, Mohamad Ridzuan Puzi, yang memutuskan untuk bersara daripada sukan olahraga, Jumaat lalu.

MPM juga mempunyai hasrat untuk bertemu Dekwan dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perancangan membuka peluang buatnya menjadi sebahagian daripada kakitangan badan induk itu sebagai hala tuju masa depan.

Advertisement

"Saya mahu membawa dia dalam MPM mungkin sebagai duta atau memainkan peranan penting.

"Kami akan memutuskan perkara ini selewatnya minggu hadapan.

"Saya memerlukan individu dalam ekosistem itu sendiri. Kami mahu atlet berada dalam pentadbiran juga," katanya kepada pewarta Nadi Arena, Ainul Abd Rouf.

Megat yang ditemui sewaktu Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan sempena Bengkel Klasifikasi Para Sukan Malaysia (Sukma) Selangor turut memaklumkan mengenai tindakan untuk meneruskan dasar klasifikasi sifar menjelang hari temasya bermula 5 hingga 14 September depan.

Bengkel itu memberi fokus kepada pemahaman sistem klasifikasi atlet para selain peranan ahli jawatankuasa dalam menguruskan konflik seperti protes dan rayuan bagi memastikan saingan adil buat semua peserta yang mengambil bahagian.

"Kali ini, kami mahu mengurangkan protes dan mengelakkan kekangan yang tidak sepatutnya daripada pelbagai pihak.

"Saya percaya kami memberikan maklumat terperinci mengenai perkara ini," tambahnya. 

Must Watch Video