Skip to main content

Bola Sepak

2 bintang Liga Super hampiri Selangor?

Azam

Tamat perlawanan Liga Super minggu ke-26 menandakan berakhirnya saingan musim 2025/26.

Fasa perpindahan pemain dan jurulatih akan menghangatkan suasana menjelang musim hadapan yang akan bermula pada Ogos.

Meskipun gagal layak ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila menduduki tempat ketiga, Selangor difahamkan sudah melakukan persiapan awal untuk menandatangani pemain yang akan memperkuat pasukan.

Sebelum ini, tular dikatakan bintang Negeri Sembilan, A. Selvan, yang mengumumkan perpisahan bersama kelab itu selepas sembilan tahun bakal menyarung jersi Gergasi Merah musim depan.

Terbaru, menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas jeneral tengah Sri Pahang, Azam Azih, turut difahamkan dalam radar skuad kendalian Kim Pan-gon.

Pertahanan Penang, Adib Ra'op, juga difahamkan akan bergabung dengan finalis Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee itu tatkala kontraknya bersama Harimau Kumbang berakhir pada penghujung bulan ini.

Hajat bekas naib juara Liga Super musim lalu itu untuk mengulangi pencapaian sama tidak kesampaian apabila Kuching City memiliki kelebihan satu mata untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan.

 

Must Watch Video