Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, tidak mengulas lebih lanjut berikutan dakwaan yang tular mengenai dirinya ketika ini di media sosial, malah memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian menjelang Kejohanan Badminton Masters Malaysia yang akan berlangsung di Unifi Arena bermula esok.
Dia yang ditemui ketika sesi latihan sebentar tadi mengutamakan sasaran peribadi untuk beraksi sebaik mungkin di hadapan peminat tempatan.
"Saya mahu memberi tumpuan terlebih dahulu terhadap kejohanan ini. Saya akan buat yang terbaik.
"Saya tiada apa-apa komen mengenainya. Jadi saya hanya fokus terhadap latihan dan perlawanan.
🚨“Tetap fokus, yang pasal ini ….🏸
Jun Hao enggan memberi reaksi terhadap isu “attitude” dan skip sesi latihan, sebaliknya fokus kepada aksi pada Masters Malaysia.🔥🔥
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/flkbVKbIRM— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 18, 2026
"Sasaran saya seperti selalu, fokus permainan demi permainan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Ditanya mengenai spekulasi tentang hala tujunya selepas ini, Jun Hao tidak terburu-buru untuk membuat keputusan, sebaliknya tetap mempersiapkan diri menghadapi lawan dalam kejohanan bertaraf super 500 itu.
"Saya tiada apa-apa perancangan setakat ini," tambahnya.